Informasi Permainan Video Terkini
Shenmue 3 Akan Mempunyai Pengakhiran Terbuka – Membuka Ruang Untuk Sambungan
PC

Shenmue 3 Akan Mempunyai Pengakhiran Terbuka – Membuka Ruang Untuk Sambungan

Diterbitkan pada Mac 2, 2018 oleh .

Melalui temubual bersama laman Perancis, Gamersflag yang diterjemah oleh IGN, pencipta Shenmue 3 Yu Suzuki menyatakan pengakhiran untuk Shenmue 3 akan memberi ruang untuk sambungan.

Tambah beliau lagi agak mustahil untuk menghabiskan penceritaan melalui Shenmue 3. Secara keseluruhan ada 11 bahagian untuk penceritaan Shenmue dan dia merancang untuk mengeluarkan 4 atau 5 permainan Shenmue.

Shenmue 3 pertama kali diumumkan semasa E3 2015 dan memasuki Kickstarter di mana mereka memecah rekod dengan mendapat kutipan dana sasaran paling cepat iaitu dalam masa 9 jam sahaja.

Shenmue 3 dikatakan akan dikeluarkan pada pertengahan kedua tahun ini untuk PC dan Playstation 4.


TIPS & ULASAN