Skip to main content

Pada Disember lepas, Sam Barlow bersama MGM dan Eko mengumumkan permianan #WarGames yang mana ia berdasarkan filem WarGames yang dilancarkan pada 1983.

Jika anda mengikuti permainan yang dihasilkan oleh Sam Barlow sebelum ini iaitu Her Story, ia merupakan permainan filem interaktif yang mendapat pujian ramai dan pelbagai anugerah pada 2015 lepas. Kini beliau kembali dengan permainan filem interaktif yang baru bertajuk #WarGames yang mana menurut beliau, permainan tersebut akan dilancarkan di iOS dan PC melalui Steam bermula 14 March ini. Bagi versi Xbox One pula, ia akan diumumkan kelak.

 

#WarGames merupakan permainan yang dihasilkan semula berdasarkan filem War Games pada 1983 yang berkaitan dengan penggodam. Di dalam permainan ini, pemain akan bermain penceritaan watak Kelly, seorang bekas tentera yang menjadi menyertai aktivis penggodam. Pemain juga akan menukar antara paparan video dan siri untuk mempelajari dan menyelesai misteri permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan Sam Barlow, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini bermula 14 Mac ini buat PC dan iOS.

Leave a Reply