Informasi Permainan Video Terkini
Mod Arena Kini Tiba Di GWENT – Disertakan Trailer Pelancaran
PC

Mod Arena Kini Tiba Di GWENT – Disertakan Trailer Pelancaran

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

CD Projekt Red iaitu pembangun siri permainan The Witcher dan juga GWENT mengumumkan mod Arena kini tiba di GWENT dan boleh dimainkan oleh semua pemain.

Mod Arena ini memerlukan pemain untuk membayar $1.99 (RM8) atau 150 Ore iaitu mata wang di dalam permainan yang boleh didapati secara percuma apabila pemain menyelesaikan misi atau memenangi perlawanan.

Melalui mod ini, pemain boleh menggunakan kad dari semua puak dan akan berakhir apabila pemain memenangi 9 perlawanan atau kalah sebanyak 3 kali. Lagi banyak pemain memenangi perlawanan lebih baik ganjaran yang pemain akan dapat.

Mod ini tidak jauh berbeza dengan mod di Hearthstone yang mempunyai nama yang sama. Kami sudah semestinya berminat untuk mencubanya. Trailer sempena pelancaran mod ini boleh ditonton di bawah. GWENT masih peringkat beta dan boleh dimainkan secara percuma di PC, Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN