Hanya dua hari yang lalu Nintendo mengaktifkan fungsi meninggalkan ulasan untuk permainan pada laman mereka. Dengan sistem ulasan ini, laman Nintendo memberikan fungsi seperti yang ditemui pada. Sedikit mengejutkan sistem ini telahpun digantung secara tiba-tiba hari ini.

Menurut laporan Polygon yang menghubungi Nintendo, sistem digantung untuk penilaian semula. Sambutan dari pengguna juga dikatakan positif tetapi tiada tarikh bilakah sistem ulasan ini akan diaktifkan semula. Ulasan dari pengguna ini ialah serampang dua mata.

Dari sudut positif ulasan diberikan oleh pemain sebenar dan bukan palsu seperti sesetengah laman lain. Dari sudut negatif pula jika komuniti tidak berpuas hati, ulasan yang diberikan mungkin rendah sehingga meninggalkan impak negatif kepada permainan tersebut.

Sohor Kini