Selepas ura-ura sebelum ini akhirnya Nintendo kini membenarkan pemain untuk meninggalkan ulasan bagi sesuatu permainan di laman mereka.

Akan tetapi pemain hanya boleh meninggalkan ulasan untuk permainan yang mereka miliki dan sudah bermain sekurangnya 2 jam. Ini mungkin dapat mengurangkan ulasan yang sekadar untuk menjatuhkan sesuatu permainan.

Steam yang sudah lama mempunyai sistem ulasan dari pemain masih tidak dapat menghasilkan sistem yang sempurna, kami berharap sistem yang dikeluarkan oleh Nintendo lebih membawa kebaikan kepada pemain berbanding keburukan.

Sohor Kini