Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Acah Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 Dipertontonkan Oleh Disney

Trailer Acah Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 Dipertontonkan Oleh Disney

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Walt Disney Animation Studios hari ini mempertontonkan trailer acah terbaru bagi filem animasi seterusnya Wreck-It Ralph 2 yang bertajuk  Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan tersebut, tampaknya Ralph kini akan kembali mengembara bersama Vanellope dimana kini mereka akan memasuki dunia atas-talian.

Wreck-It Ralph merupakan filem animasi oleh Disney yang pertama kali ditayang pada 2012 lepas. Ia mendapat sambutan baik oleh peminat dengan penceritaannya yang memfokuskan permainan video arked. Kini, filem Wreck-It Ralph bakal kembali yang mana Disney menyatakan ia akan bertempatkan enam tahun selepas filem pertama. Namun buat masa ini, Disney masih lagi belum berkongsi penampilan-penampilan watak daripada permainan lain seperti filem sebelum ini.

Filem tersebut akan ditayangkan pada musim kesyukuran iaitu pada 21 November tahun ini.


TIPS & ULASAN