Skip to main content

Warner Bros. Interactive Entertainment dan DC Entertainment hari ini mengumumkan Injustice 2 Legendary Edition yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan permainan yang dilancarkan sebelum ini. Permainan perlawanan tersebut akan tiba pada 30 Mac ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Berikut adalah kandungan yang bakal disertakan.

  • Kesemua watak DLC Pernambahan : Darkseid, Red Hood, Star Fire, Sub-Zero, Black Manta, Raiden, Hellboy, Atom, Enchantress dan Teenange Mutant Ninja Turtles
  • Kostum Khas daripada Injustice 2 Ultimate Edition (Power Girl, John Stewart Green Lantern, Reverse-Flash, Grid dan Black Lightning).

Warner Bros. juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menyertakan kandungan tambahan seperti mod tutorial yang dikembang, barangan kelengkapan baru bersama had peringkat watak kini dinaikkan sehingga 30. Pada masa yang sama, bagi mereka yang membuat pra-tempahan, Warner Bros. akan menyertakan Steelcase, komik Injustice 2 Steel Card dan sebagainya.

Injustice 2 adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio dimana ia memfokuskan penceritaan adiwira daripada DC Entertainment. Permainan ini dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun lepas.

Kini tampaknya edisi lengkap akan dilancarkan pada 30 Mac ini. Bagi anda yang masih belum memiliki permainan tersebut, edisi ini merupakan edisi terbaik yang mana ia menyertakan kesemua watak DLC pernambahan bersama kandungan tambahan yang lain buat permainan Injustice 2.

Leave a Reply