Skip to main content

Trion Worlds, pembangun permainan yang terkenal permainan Rift 2011, kini mengumumkan permainan terbaru iaitu Defiance 2050 yang merupakan permainan seterusnya buat siri Defiance yang dilancarkan pada 2013 lepas. Siri Defiance juga sebelum ini mempunyai siri rancangan Televisyen yang ditayangkan di Amerika Syarikat.

https://www.youtube.com/watch?v=3QPP3INLLn4

Menurut Trion Worlds, permainan ini akan mengandungi bentuk permainan dunia terbuka dengan pertempuran secara koperasi. Pada masa yang sama, mereka juga akan meningkat visual grafik yang lebih menarik dan senarai senjata yang lebih banyak. Tambahan juga, permainan ini boleh dimainkan secara percuma apabila ia dilancarkan kelak.

Buat masa sekarang, Trion Worlds masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut, namun bagi anda yang berminat untuk mencubanya, pendaftaran bagi beta permainan tersebut boleh dilakukan di laman rasmi permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk kembali bermain permainan Defiance di Playstation 4, Xbox One dan PC.

[info] Daftar : Beta Defiance 2050 [/info]

Leave a Reply