Informasi Permainan Video Terkini
2064: Read Only Memories Diumumkan Akan Tiba Di Telefon Pintar Dan Switch Tahun Ini

2064: Read Only Memories Diumumkan Akan Tiba Di Telefon Pintar Dan Switch Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

2064: Read Only Memories iaitu permainan pengembaraan yang memfokuskan bentuk Cyberpunk dimana ia dilancarkan tahun lepas di Playstation 4, Playstation Vita dan PC. Tampaknya kini ia akan tiba di telefon pintar iOS dan Android sebagai permua dan juga konsol hibrid Nintendo Switch.

Menurut Midboss, pembangun permainan tersebut, mereka menyatakan permainan tersebut akan dilancarkan pada 6 Mac ini bagi iOS dan Android manakala bagi Nintendo Switch, ia akan dilancarkan pada 5 April. Menariknya, permainan 2064: Read Only Memories bagi pasaran permua, ia akan pasarkan sebagai nama Read Only Memories: Type M.

2064: Read Only Memories merupakan permainan pengembaraan seram yang bertempatkan pemain di dalam kawasan Neo-San Francisco. Ia bertemakan Cyberpunk dan pemain akan mengawal seorang wartawan dan menyiasat konspirasi yang berlaku di bandar tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan bertemakan Cyberpunk dan bentuk permainan klasik yang memfokuskan penceritaan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini yang mana kini akan dilancarkan disemua konsol permainan termasuklah telefon pintar.


TIPS & ULASAN