Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Realiti-Maya Crisis On The Planet Of The Apes VR Diumumkan Buat Playstation VR, Oculus Rift Dan HTC Vive
PC

Permainan Realiti-Maya Crisis On The Planet Of The Apes VR Diumumkan Buat Playstation VR, Oculus Rift Dan HTC Vive

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

FoxNext VR hari ini mengumumkan permainan realiti-maya terbaru yang memfokuskan francais Planet Of The Apes iaitu Crisis on the Planet of the Apes VR untuk Playstation VR, Oculus Rift dan HTC Vive. Menurut FoxNext VR, permainan tersebut akan dilancarkan secara digital sahaja pada 3 April ini.

Permainan ini akan meletakkan pemain lima tahun selepas tercetusnya wabak penyakit Simian Flu. Dengan mengawal salah seekor beruk di dalam dunia pasca-apokaliptik tersebut, pemain akan bertempur dengan manusia untuk pulang ke Caesar, iaitu ketua beruk di dalam Planet Of The Apes.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya pemain akan mengawal beruk dengan melompat, memanjat dan juga berpeluang untuk menggunakan senjata api untuk bertempur. Menariknya juga, permainan ini akan bertempatkan di antara filem Rise of the Planet of The Apes dan Dawn of the Planet of the Apes.

Bagi anda yang berminat dengan siri filem Planet Of The Apes, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan realiti-maya Crisis on the Planet of the Apes bermula 4 April ini.


TIPS & ULASAN