Informasi Permainan Video Terkini
Takara Tomy Mengumumkan Siri Zoids Wild Baru – Menyertakan Permainan Buat Switch

Takara Tomy Mengumumkan Siri Zoids Wild Baru – Menyertakan Permainan Buat Switch

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Takara Tomy minggu ini mengumumkan siri baru Zoids buat pertama kalinya sejak 12 tahun lepas yang bernama Zoids Wild. Siri Zoids terbaru tersebut akan menyertakan sebilangan media termasuk siri mainan, anime, permainan yang dibangunkan khas buat Nintendo Switch dan sebagainya.

Siri mainan yang diumumkan oleh Takara Tomy akan menyertakan konsep pemasangan bersama kerangka tengkorak dan ia boleh dipasang senjata, perisai dan sebagainya. Menurut Takara Tomy, dua mainan pertama yang akan dilancarkan adalah Wild Liger dan Gilraptor yang dirancang untuk dilancarkan di pasaran jepun pada Jun ini dengan harga ¥3000(~RM110).

Selain itu, Takara Tomy juga mengumumkan siri anime bagi Zoids Wild tersebut bersama permainan khas yang dibangunkan untuk konsol Nintendo Switch. Namun, buat masa sekarang, Takara Tomy masih belum berkongsi informasi tambahan buat permainan tersebut.

Ini merupakan satu pengumuman yang menarik dimana siri Zoids tidak mendapat sebarang pengumuman malah kemaskini terbaru dan tampaknya Takara Tomy akan menghidupkan semula siri Zoids tersebut. Kami di Aksiz juga sangat berminat dengan pengumuman ini dan berharap Takara Tomy akan melancarkannya buat pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN