Informasi Permainan Video Terkini
Chrono Trigger Kini Tiba Di PC Melalui Steam – Berharga RM48
PC

Chrono Trigger Kini Tiba Di PC Melalui Steam – Berharga RM48

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Bagi anda yang ingin bermain semua JRPG klasik SNES yang di lancarkan pada 1995 lepas, Square-Enix hari ini melancarkan permainan tersebut di PC melalui Steam.

Chrono Trigger merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh SquareSoft (Kini dikenali Square-Enix) pada 1995 lepas yang mana rekaan watak permainan tersebut direka khas oleh Akira Toriyama, pelukis asal Dragon Ball.

Permainan ini meletak pemain mengembara sebagai watak Chrono dimana beliau akan mengembara di dalam dimensi dan masa yang lain untuk menyelamatkan dunia.

Walaupun begitu, permainan ini tampaknya dilancarkan melalui bentuk permua yang dikeluarkan pada 2011 lepas dan dipindahkan ke konsol. Berdasarkan ulasan daripada pengguna Steam, ia tidak mendapat sambutan yang banyak dengan rekaan antaramuka yang terus daripada bentuk permua tersebut.

Namun, jika anda masih berminat untuk membeli permainan ini, ia sudah dilancarkan secara rasmi di Steam dengan harga RM48. Jangan lepaskan peluang untuk mengembara semula bersama Chrono, di dalam Chrono Trigger.

Beli : Chrono Trigger di Steam


TIPS & ULASAN