Informasi Permainan Video Terkini
DLC Bertemakan WWE Akan Tiba Untuk Rocket League Pada Suku Ketiga Tahun Ini

DLC Bertemakan WWE Akan Tiba Untuk Rocket League Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Jika sebelum ini DLC bertemakan DC dikeluarkan untuk Rocket League, hari ini Psyonix melalui laman rasmi mereka mengumumkan kerjasama dengan WWE untuk mengeluarkan DLC bertemakan WWE.

Selain daripada pengeluaran DLC ini, kerjasama ini juga akan memperlihatkan Rocket League akan diiklankan di acara-acara WWE. Tambah Psyonix lagi informasi lanjut akan dikongsikan semasa acara terbesar untuk WWE iaitu WrestleMania 34 pada 8 April nanti. Selain itu Rocket League boleh dimainkan oleh pengunjung yang menghadiri acara tersebut.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk melihat rekaan bagi DLC bertemakan WWE nanti.


TIPS & ULASAN