Seperti kita sedia maklum filem Uncharted dan The Last of Us yang merupakan permainan dari Naughty Dog akan menerima versi filem. Menurut Pengarah Kreatif Naughty Dog Neil Druckmann mengatakan produksi untuk kedua-dua filem masih sedang berjalan.

Filem Uncharted lebih jauh di dalam produksi berbanding The Last of Us, dikatakan akan diarahkan oleh Shawn Levy dan terjadi sebelum siri permainan Uncharted yang akan dilakonkan oleh Tom Holland.

Menurut Neil Druckmann lagi, walaupun pada awalnya mereka teruja dengan filem Uncharted akan tetapi apabila di dalam produksi mereka sedar yang adaptasi terus dari permainan bukanlah idea yang baik kerana penceritaan di dalam permainan sudah cukup dan tidak harus diceritakan kembali di dalam bentuk filem. Untuk Uncharted mereka akan memfokuskan kepada penceritaan Nathan Drake semasa muda lebih menarik berbanding penceritaan semula Uncharted 1,2,3 dan 4.

Disebabkan perkara ini juga yang membuatkan filem untuk The Last of Us masih tidak pasti. Menurut penerbit filem The Last of Us, Sam Raimi produksi filem The Last of Us tidak bergerak kerana perbezaan pendapat antara Sony dan Neil Druckmann.

Menurut Neil Druckmann, walaupun beliau menulis skrip pertama untuk filem The Last of Us yang merupakan adaptasi terus akan tetapi beliau tidak ingin filem ini dikeluarkan kerana bagi ramai pemain Ashley Johns on adalah Ellie dan Troy Baker adalah Joel jika filem menggunakan pelakon lain sudah semestinya ramai yang tidak dapat menerimanya.

Bagi kami, apa yang dikatakan oleh Neil Druckmann adalah tepat sebab utama filem yang di adaptasi dari permainan kurang baik adalah kerana pemain tidak dapat menerima watak yang dibawa di dalam filem. Walaupun begitu kami sudah semestinya tidak sabar untuk filem Uncharted dan The Last of Us.

Sohor Kini