Informasi Permainan Video Terkini
Ghosbusters World Permua Berasaskan AR Akan Dikeluarkan Tahun Ini Untuk iOS Dan Android

Ghosbusters World Permua Berasaskan AR Akan Dikeluarkan Tahun Ini Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Permainan terutama permua berasaskan realiti gabungan/augmented reality (AR) kian menerima tumpuan pemain terutama dengan kejayaan Pokemon Go. Sony Pictures Entertainment dan Ghost Corp mengumumkan kerjasama dengan 4:33 untuk menghasilkan permua berasaskan AR berdasarkan Ghostbusters yang dipanggil Ghosbusters World.

Dikatakan permainan ini akan menggunakan teknologi AR terbaru untuk peranti mudah alih, dan membawa keunikan teknik permainan yang berdasarkan kepada kebolehan setiap pemain. Melalui permainan ini pemain boleh bertempur dan menangkap pelbagai hantu yang ada dalam siri Ghosbuster.

4:33 yang merupakan syarikat pengeluar dari Korea akan bekerjasama dengan NextAge untuk membangunkan permua ini yang akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tahun ini tetapi tiada tarikh tetap dikeluarkan. Anda berminat dengan permainan ini? Adakah teknik permainan hampir sama dengan Pokemon Go?


TIPS & ULASAN