Permainan penembak pandang pertama klasik yang dikeluarkan pada 1997 lepas tampaknya bakal tiba di konsol Xbox One sebagai permainan pernambah-baikkan pada 2 Mac ini, menurut Nightdive Studios.
Look what's clawing on to Xbox One. Both Turok 1 & 2 are available for pre-order NOW
Check out the launch trailer here –> https://t.co/cfZApBHRtG pic.twitter.com/q7RU0xUEQX
— Nightdive Studios (@NightdiveStudio) February 23, 2018
Turok dan Turok 2: Seeds Of Evil akan dilancarkan secara digital sahaja melalui Xbox Store bermula harga $19.99(~RM79) untuk setiap satu.
Turok merupakan siri permainan penembak pandang pertama yang meletakkan pemain bertempur dengan dinosaur. Ia asalnya dilancarkan di Nintendo 64 pada 1997 lepas. Pada 2016 lepas, Nightdive Studios juga melancarkan permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan di PC. Kini kedua-dua permainan tersebut akan tiba di konsol Xbox One.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membuat pra-tempahan di Xbox Store bermula hari ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula permainan klasik Turok yang menjadi kegilaan ramai 20 tahun lepas.
[info] Pra-Tempah : Turok [/info] [info] Pra-Tempah : Turok 2: Seeds Of Life [/info]