Penulisan ini mempunyai spoiler untuk misi sampingan di dalam Kingdom Come: Deliverance – Pestilence. Kami cuba sebaik yang boleh untuk tidak menulis dengan terperinci, jadi bacalah dengan risiko sendiri.

Di dalam Kingdom Come: Deliverance misi sampingan akan diberikan melalui beberapa cara. Antaranya dengan bertanya kepada innkeeper yang berada di setiap tavern ataupun sebagai sebahagian daripada misi utama.

Untuk misi sampingan Pestilence, pemain akan mendapatnya bersama dengan misi utama. Untuk meneruskan misi utama, misi sampingan ini terlebih dahulu perlu diselesaikan akan tetapi bergantung kepada kebolehan pemain, pemain juga diberi pilihan untuk tidak melakukannya.

Pestilence adalah mengenai bagaimana satu kampung mempunyai satu wabak penyakit yang sudah membunuh kesemua haiwan ternakan dan menjangkiti kebanyakan penduduk. Tugasan yang diberi kepada Henry (watak utama) adalah untuk menyiasat dan mencari rawatan yang bersesuaian.

Walaupun misi ini adalah tidak wajib dilakukan akan tetapi kerana Henry kami adalah watak yang bertanggungjawab dia memilih untuk melakukannya. Tugasan pertama adalah mencari simptom-simptom untuk wabak ini.

Selepas mengetahui simptom-simptom yang ada, seterusnya Henry perlu mencari orang yang pakar dalam perubatan. Selepas menjumpai orang tersebut, Henry perlu membandingkan simptom yang ada dengan buku yang menyenaraikan segala jenis penyakit dan penawarnya.

Oleh kerana kepenatan selepas bermain permainan ini hampir 8 jam secara terus, Henry sekadar membaca secara sepintas lalu dan memilih penyakit secara terus. Selepas mendapatkan penawar kepada penyakit yang dipilih bergerak lah Henry kembali ke kampung untuk membawa berita ‘baik’.

Selepas meminum penawar yang dibawa Henry keadaan menjadi bertambah baik tetapi akan mengambil masa beberapa hari untuk mengetahui kesan yang sebenar. Beberapa hari selepas itu, kembalilah Henry ke kampung tersebut tidak sabar untuk dipanggil sebagai hero.

Henry kemudian menyedari apa yang sudah dilakukanya, penyakit yang dipilih bukanlah penyakit yang tepat akhirnya walaupun pada awalnya kesemua makin pulih akan tetapi selepas itu ramai yang kembali sakit dan kesemua meninggal dunia selepas itu.

Disebabkan malas membaca, Henry yang sepatutnya menjadi hero akhirnya membunuh sekampung. Walaupun ramai yang meninggal dunia, akan tetapi ketua kampung tetap berterima kasih kepada Henry kerana mencuba dan sedar yang Henry bukanlah Tuhan mampu melakukan keajaiban.

Berlalulah Henry dari kampung itu menyedari dia sebenarnya mampu melakukan keajaiban andai memberi lebih perhatian semasa membaca. Ini adalah sebahagian dari pelbagai kejutan yang ada di dalam Kingdom Come: Deliverance. Walaupun sekadar misi sampingan tetapi tetap membawa kepentingan dalam penceritaan.

Kingdom Come: Deliverance sudah dikeleluarkan untuk PC, Playstation 4 dan Xbox One. Ulasan kami untuk permainan ini sedang ditulis dan akan datang tidak lama lagi.

Steam: Kingdom Come: Deliverance

Playstation Store: Kingdom Come Deliverance

Sohor Kini