Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Permainan EA di Playstation Store Bermula Hari Ini Sehingga 28 Februari

Jualan Promosi Permainan EA di Playstation Store Bermula Hari Ini Sehingga 28 Februari

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

EA walaupun mempunyai pelbagai kontroversi dan juga menjadi syarikat kelima paling dibenci di Amerika akan tetapi tidak boleh kita lupakan yang EA juga pengeluar banyak permainan yang digemari ramai.

EA juga bermurah hati kali ini dengan mengadakan jualan promosi di Playstation Store untuk permainan mereka. Jualan promosi ini bermula dari hari ini sehingga 28 Februari.

Antara permainan yang ditawarkan adalah seperti berikut

  1. FIFA 18 ICON Edition – RM329.00 RM197.40
  2. Mass Effect Andromeda – RM99.00 RM29.70
  3. STAR WARS Battlefront II – RM219.00 RM87.60
  4. The Sims 4 Deluxe Party – RM219.00 RM109.50
  5. Need For Speed Payback – RM219.00 RM87.60
  6. NBA LIVE 18: The One Edition – RM149.00 RM37.25
  7. Madden NFL 18 – RM219.00 RM94.17
  8. Titanfall 2 – RM139.00 RM51.43

Selain dari permainan tersenarai di atas ada pelbagai lagi permainan lain dan juga kandungan tambahan seperti DLC yang ditawarkan untuk jualan promosi ini. Pastikan anda memasuki Playstation Store agar anda tidak terlepas jualan ini.

Jualan Promosi EA: Playstation Store


TIPS & ULASAN