Aksys Games mengumumkan permainan terbaru dari pencipta Harvest Moon Yasuhiro Wada yang dipanggil Little’s Dragon Cafe. Permainan ini dijangkakan akan dikeluarkan pada bulan September tahun ini untuk Playstation 4 dan Nintendo Switch.

Aksys Games turut berkongsi sinopsis untuk permainan ini yang mengisahkan berkenaan tiga adik beradik, iaitu pasangan kembar lelaki dan adik perempuan mereka belajar untuk memasak dan mengurus kafe kecil mereka dari ibu mereka.

Semua ini berubah apabila ibu mereka koma dan seorang lelaki tua muncul dan menyuruh mereka memelihara seekor naga untuk menyelamatkan ibu mereka. Maka bermulalah kehidupan mereka untuk mengurus kafe, menjaga naga dan juga mencari cara untuk menyelamatkan ibu mereka.

Walaupun kami tidak dapat memahami secara sepenuhnya mengenai teknik permainan ini akan tetapi penceritaan yang diberikan agak unik. Kami akan terus kemaskini mengenai permainan ini apabila menerima lebih banyak maklumat.

Sohor Kini