Balloon World merupakan kemaskini percuma untuk Super Mario Odyssey yang menambah mod permainan baru iaitu Luigi’s Balloon World. Melalui mod ini pemain harus menyorok atau mencari balloon yang disorok oleh pemain lain. Mod ini hanya boleh dimainkan apabila pemain sudah menghabiskan penceritaan utama permainan ini.
Kemaskini ini juga menambah tiga kostum baru iaitu topi dan kostum pemuzik, kaca mata dan kostum Sunshine dan perisai satria. Penuras Coin dan Neon juga ditambah ke dalam mod Snapshot.
A free update for #SuperMarioOdyssey that adds Luigi’s Balloon World, the new minigame available after finishing the main story, is now available! pic.twitter.com/B9rTdgaxye
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) February 22, 2018
Jika anda memiliki Super Mario Odyssey anda sepatutnya sudah menerima dan boleh memuat turun kemaskini ini. Apa pendapat anda mengenai kemaskini ini?


