Good Smile Mengumumkan Figma Untuk Inkling Girl dari Splatoon

Good Smile pengeluar figura yang boleh digayakan melalui akaun Twitter rasmi mereka mengacah figura mereka yang dipanggil figma terbaru iaitu Inkling Girl watak dari permainan dari Nintendo iaitu Splatoon.

Seperti figma yang lain, figura ini akan mudah untuk digayakan dengan gaya berbeza. Figma ini akan mempunyai dua edisi iaitu biasa dan deluxe. Untuk edisi deluxe, figma ini boleh diubah untuk meyerupai watak tersebut di dalam Splatoon 2.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai harga dan juga tarikh dikeluarkan. Walaupun hampir sama dengan amiibo iaitu figura yang dikeluarkan oleh Nintendo sendiri, keunikan figma yang boleh digayakan sudah semestinya lebih menarik.

Sohor Kini