Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Aksi-Nyata Filem Bleach Dipertontonkan – Akan Ditayangkan Tahun Ini Di Jepun

Trailer Aksi-Nyata Filem Bleach Dipertontonkan – Akan Ditayangkan Tahun Ini Di Jepun

Diterbitkan pada Feb 22, 2018 oleh .

Warner Bros Japan hari ini berkongsi trailer terbaru bagi filem aksi-nyata Bleach yang mana ia merupakan siri manga dan anime terkenal 2005 lepas oleh pelukis manga Kubo Tite.

Trailer tersebut memaparkan watak Ichigo Kurosaki dengan Kuchiki Rukia ketika adegan awal penceritaan Bleach. Trailer tersebut juga mempertontonkan raksasa Hollow yang besar dan transformasi pertama Ichigo menjadi Shinigami dengan pedang besar ikonik beliau.

Buat masa ini, filem ini dirancang untuk ditayangkan pada 20 Julai ini di Jepun, namun kami percaya ia akan ditayangkan secara global memandangkan siri anime Bleach sangat terkenal di seluruh dunia. Mungkin juga ia bakal tiba di Netflix seperti filem aksi-nyata Fullmetal Alchemist yang mana baru-baru ini dilancarkan di Netflix.


TIPS & ULASAN