Skip to main content

Buat masa ini perkembangan The Last of Us 2 masih tidak diketahui dengan penuh, tarikh akan dikeluarkan juga masih tidak dinyatakan walaupun ada yang menjangka tahun ini.

Pengarah Kreatif Naughty Dog Neil Druckmann hari ini berkongsi mengenai inspirasi yang mereka ambil dalam penghasilan The Last of Us 2 di DICE 2018.

Menurut beliau siri Netflix The End of the F***ing World yang mempunyai penulisan dan lakonan yang baik banyak dijadikan sebagai inspirasi untuk The Last of Us 2 terutama dari segi dialog. Selain itu beliau juga berkongsi idea asal untuk The Last of Us adalah gabungan ICO dan watak dari Sin City.

Beliau juga berkongsi mengenai mereka mendapat kebenaran agak lewat untuk memasukkan Crash Bandicoot di dalam Uncharted 4 kerana semasa pembangunan Crash Bandicoot tidak lagi dibawah Naughty Dog.

Walaupun tidak diceritakan mengenai perkembangan pembangunan The Last of Us 2 termasuk juga tarikh dikeluarkan, perkongsian ini semestinya membuatkan kami tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply