Informasi Permainan Video Terkini
Lenovo Anjur Kejohanan League Of Legends Lunar Cup 2018 Sempena Tahun Baru Cina

Lenovo Anjur Kejohanan League Of Legends Lunar Cup 2018 Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Lenovo kini menganjurkan Kejohanan League Of League Lunar Cup 2018 dengan kerjasama Intel, TGV Cinema dan Armaggeddon Malaysia bersempena Tahun Baru Cina. Kejohanan ini telah berlangsung di Kuala Lumpur serta Penang pada minggu lalu manakala kejohanan seterusnya bakal dilangsungkan di Johor dan Sarawak pada 24 hingga 25 Februari nanti.

Khoo Hung Chuan, selaku Pengurus Besar Lenovo menyatakan bahawa fokus utama kejohanan ini adalah untuk memberikan platform kepada Liga E-sukan dalam memartabatkan komuniti permainan di seluruh Malaysia. Lebih menarik, kejohanan ini dapat melihat pasukan pemain yang mempunyai latarbelakang berbeza berentap bagi mendapatkan gelaran juara, Alpha Pup.

Buat peserta dan peminat, anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 dan membawa pulang hadiah cabutan bertuah, laptop Lenovo Legion Y520. Anda boleh mendaftar di reruai pendaftaran dan menonton secara langsung pada 28 Februari ini di halaman Facebook LOL ESports bagi mengetahui senarai pemenang untuk cabutan bertuah tersebut.

Malah, peserta dan peminat juga bakal menerima tawaran istimewa daripada Lenovo iaitu angpau sebagai hadiah saguhati cabutan bertuah. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik serta hadiah sampingan yang akan diberikan sewaktu berlangsungnya kejohanan. Tambahan juga, duta-duta pelajar Riot Games juga turut akan hadir pada kejohanan tersebut.

Sebarang maklumat tambahan dan pendaftaran mengenai Kejohanan Piala Lunar 2018, pemain bolehlah melayari pautan di bawah.

Maklumat Lanjut : Kejohanan League Of Lunar Cup 2018

Pendaftaran – Kejohanan League Of Legends Lunar Cup 2018


TIPS & ULASAN