Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Kedua Darwin Project Bermula 23 Februari Ini – Permainan Battle Royale Dengan Elemen Survival
PC

Beta Terbuka Kedua Darwin Project Bermula 23 Februari Ini – Permainan Battle Royale Dengan Elemen Survival

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Darwin Project pertama kali diumumkan di Sidang Media E3 Microsoft merupakan permainan battle royale yang mempunyai elemon survival. 10 pemain akan bertempur untuk menjadi pemain terakhir yang terselamat selain daripada dibunuh oleh pemain lain, pemain juga boleh mati kerana persekitaran yang sejuk.

Beta terbuka untuk permainan ini bermula pada 19 Februari lepas dan berakhir hari ini untuk PC. Jika anda tidak sempat untuk mencubanya beta terbuka kedua akan bermula 23 Februari ini sehingga 26 Februari juga hanya untuk PC.

Menurut Scavengers Studio, beta terbuka pertama mendapat lebih 80,000 pemain dan menjangkakan beta terbuka kedua ini akan mendapat lebih banyak sambutan. Darwin Project dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun ini untuk PC dan juga Xbox One.

Steam: Darwin Project


TIPS & ULASAN