Informasi Permainan Video Terkini
Konami Melarang Pemain Untuk Mencari Jodoh Melalui Permainan Metal Gear Survive

Konami Melarang Pemain Untuk Mencari Jodoh Melalui Permainan Metal Gear Survive

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

20 Februari lepas, Metal Gear Survive akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Konami. Bersempena dengan pelancaran tersebut, Konami mempertontonkan trailer khas permainan tersebut yang memaparkan sebilangan bentuk permainan dan adegan yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Namun, apa yang menarik buat permainan tersebut adalah terma dan syarat ketika pemain bermula permainan tersebut dimana Konami memberi amaran kepada pemain berkenaan mod multi-pemain yang terdapat di dalam permainan tersebut tidak boleh digunakan sebagai servis untuk menemu janji ataupun mencari jodoh.

Imej diatas dikongsikan oleh pengguna Twitter Matt Paprocki yang mana di dalam terma dan syarat permainan Metal Gear Survive jelas melarang pemain untuk mencari jodoh dengan pemain lain.

Walaupun kami percaya kebanyakkan pemain bermain permainan tersebut hanya untuk berseronok, tampaknya bagi anda yang ingin mencari jodoh atau pasangan melalui permainan tersebut, anda perlu bermain permainan lain.

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Ia juga adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas. Ia dilancarkan pada 20 Februari 2018 di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC pula akan dilancarkan pada 22 Februari 2018.


TIPS & ULASAN