Bagi mereka yang membesar di dekad 90an, Sonic the Hedgehog ialah watak permainan video yang memang cukup popular. Selain permainan pada konsol Sega Genesis, Sonic juga muncul dalam bentuk permainan dan siri animasi. Di arked Sega World wajah Sonic dan rakan-rakam akan dipaparkan secara meluas.
Pada tahun 2016 filem Sonic diumumkan dengan sasaran ia ditayangkan tahu ini. Tetapi menurut laporan dari The Hollywood Reporter, filem ini hanya akan menemui peminat pada 15 November 2019. Dari maklumat yang diperolehi, ia filem kombinasi animasi 3D dan aksi hidup di bawah arahan Jeff Fowler. Ia akan diedarkan oleh Paramount Pictures. Sebagai peminat Sonic, kami hanya berharap ia adalah adaptasi yang menarik dan tidak akan menjadi Sonic Free Riders versi seluloid.