Les’ Copaque Melancarkan Permua Upin Ipin Ais Kacang Maker

Les’ Copaque kini hadir dengan permainan-mudah alih (permua) terbaru iaitu Upin Ipin Ais Kacang Maker. Permua ini telah dilancarkan buat pengguna android terlebih dahulu manakala untuk iOS pula ia akan dilancarkan kelak, menurut Les’ Copaque.

Upin Ipin Ais Kacang Maker merupakan permua dimana pemain perlu menghasilkan ais kacang mengikut citarasa pelanggan dalam had masa tertentu. Terdapat dua mod bagi permua ini iaitu mod arked dan mod penceritaan. Bagi mod penceritaan, pemain boleh menyahkuncikan setiap peringkat permainan berserta meningkatkan tahap kekuatan permainan mereka. Manakala mod arked pula, memberikan lebih banyak cabaran kepada pemain dengan tetapan masa yang lebih singkat.

Bentuk permainan bagi permua ini dilihat agak klise dan ringkas namun masih lagi boleh ditambah-baikkan. Meskipun begitu, ia disyorkan kepada anda yang sukakan permainan yang ringkas dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Buat anda yang berminat untuk mencuba permua ini, anda boleh muat turun permua ini sekarang pada pautan dibawah secara percuma.

Muat-Turun : Upin Ipin Ais Kacang Maker

Sohor Kini