Montecrypto: The Bitcoin Enigma akan dikeluarkan pada 11 malam ini di Steam pada harga $2 (RM 8). Permainan ini akan mempunyai 24 tekaria yang berbeza.
Pembangun permainan ini iaitu Gem Rose Accent mengatakan apabila pemain menyelesaikan kesemua tekaria mereka akan mendapat kod untuk 1 Bitcoin yang bernilai RM 44 ribu.
Kami tidak pasti kesahihan ini, tetapi Steam sudah semestinya tidak akan membenarkan sebarang penipuan melalui kedai mereka. Trailer untuk permainan ini boleh ditonton di atas. Anda akan mencuba permainan ini?
[info]Steam: Montecrypto: The Bitcoin Enigma[/info]