Skip to main content

Jika sebelum ini Bandai Namco mengatakan One Piece: World Seeker akan menjadi permainan terbesar untuk One Piece kerana One Piece: World Seeker adalah permainan dunia terbuka.

Melalui video terbaru yang dikongsi kan oleh Bandai Namco, Penerbit One Piece: World Seeker Koji Nakajima berkongsi lebih mendalam mengenai permainan ini dan juga mengenai dunia terbuka.

Menurut beliau sudah ada banyak permainan aksi pengembaraan di pasaran tetapi permainan ini terhad seperti mempunyai ‘invisible wall’. Melalui One Piece: World Seeker, pemain boleh mengembara kesemua tempat yang terdapat di dalam peta. Tambah beliau ini membolehkan pemain merasa dunia One Piece.

Dari segi penceritaan, permainan ini juga akan mengikut manga One Piece dan watak utama iaitu Luffy akan dibuat dengan baik agar menyerupai sumber asal dan kebolehan Luffy boleh digunakan untuk mengembara dalam dunia permainan ini.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk bermain permainan ini. One Piece: World Seeker dirancangkan untuk dilancarkan secara global pada 2018 ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Video penuh boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply