Skip to main content

Automaton Games kini hadir bersama trailer permainan Battle Royale terbaru Mavericks: Proving Grounds. Trailer menunjukkan bagaimana permainan ini mampu memberikan sokongan kepada 400 pemain berentap serentak dalam persekitaran yang sama.

Trailer Mavericks: Proving Grounds ini jelas lain daripada yang lain kerana tiada sebarang aksi permainan dipertontonkan. Sebaliknya mereka menumpukan kepada paparan visual persekitaran yang kelihatan realistik dan dinamik jika dibandingkan dengan permainan Battle Royale lain seperti PUBG. Saiz peta Mavericks juga lebih besar iaitu 12 kilometer persegi jika dibandingkan dengan peta Erangel PUBG yang hanya sebesar 8 kilometer persegi.

Buat pengetahuan umum, pelancaran bagi Mavericks: Proving Grounds telah dijadualkan pada tahun ini pada platform PC. Namun tarikh sebenar pelancaran tersebut masih lagi belum diketahui. Bagi  yang berminat, maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini ditemui menerusi pautan di bawah.

[info] Pautan laman web Mavericks: Proving Grounds [/info]

Leave a Reply