Skip to main content

Owlchemy Labs akhirnya mengumumkan permainan realiti-maya Rick And Morty: Virtual Rick-Ality akan tiba di konsol Playstation VR bermula 10 April Ini. Permainan realitiy-maya ini asalnya diumumkan ketika PSX 2017 lepas dan dilancarkan pada tahun lepas di Steam.

Rick And Morty: Virtual Rick-Ality merupakan permainan realiti-maya yang memfokuskan watak Rick dan Morty daripada siri animasi Rick And Morty oleh Adult Swim. Di dalam permainan tersebut, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai aktiviti dan juga bermain dengan gajet-gajet saintis Rick disamping berinteraksi dengan watak-watak di dalam animasi tersebut.

Owlchemy Labs juga mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan figura khas Funko Pop, dan Poster. Edisi terhad tersebut akan dijual dengan harga $49.99(~RM195) manakala edisi biasa akan dijual $29.99(~RM117).

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyelami dunia realiti-maya Rick And Morty: Virtual Rick-Ality bermula April ini di konsol Playstation VR.

Leave a Reply