Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Overwatch Ditukarkan Kepada Permainan Perlawanan Oleh Peminat

Permainan Overwatch Ditukarkan Kepada Permainan Perlawanan Oleh Peminat

Diterbitkan pada Feb 18, 2018 oleh .

Overwatch sememangnya terkenal dengan bentuk permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan secara berpasukan. Namun, pengguna Youtube TGN, mengubah permainan Overwatch tersebut kepada bentuk permainan perlawanan 2D yang seakan permainan Street Fighter.

Di dalam video yang dipertontonkan, terdapat sebilangan bentuk perlawanan antara watak-watak di dalam Overwatch seperti Reinhardt, Genji dan sebagainya. Menariknya bentuk perlawanan permainan tersebut mengingatkan kami kepada bentuk perlawanan yang terdapat di dalam permainan Street Fighter.

Selain daripada intro watak, bersama adegan ikonik serangan yang dihasilkan, pada penghujung video ini juga, TGN mempamerkan mod bonus seakan permainan Street Fighter II, iaitu mod dimana pemain akan menghancurkan kenderaan untuk mendapat markah bonus.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sebuah video konsep dan sememangnya mod ini tidak dilancarkan secara rasmi oleh Blizzard. Namun, ia merupakan konsep yang sangat menarik dimana kita dapat lihat permainan penembak pandang pertama, Overwatch dimainkan sebagai permainan perlawanan 2D.


TIPS & ULASAN