Informasi Permainan Video Terkini
Sniper: Ghost Warrior 3 Kini Terjual Melebihi 1 Juta Salinan
PC

Sniper: Ghost Warrior 3 Kini Terjual Melebihi 1 Juta Salinan

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

CI Games, iaitu pembangun bagi permainan penembak pandang pertama Sniper: Ghost Warrior 3 hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut telah terjual melebihi 1 juta salinan buat versi fizikal dan digital seluruh dunia.

Sniper: Ghost Warrior 3 merupakan permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan dan dilancarkan oleh CI Games pada April 2017 lepas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia juga merupakan siri permainan Sniper yang pertama oleh CI Games yang memfokuskan bentuk permainan secara dunia terbuka.

Menurut kenyataan rasmi CI Games, Sniper: Ghost Warrior merupakan permainan terbesar yang dibangunkan dan dilancarkan oleh mereka walaupun ia menerima kritikkan ketika pelancarannya tahun lepas. Namun, setelah hampir setahun pelancaran permainan tersebut, mereka sering mengemaskini untuk menaik-taraf permainan tersebut dan berjaya menjualnya melebihi 1 juta salinan.

CI Games juga menyatakan bahawa mereka akan mengembangkan lagi syarikat mereka dengan bekerjasama bersama pembangun lain untuk membawa lagi banyak jenis permainan dan pada masa yang sama mereka juga berminat untuk membangunkan sekuel bagi permainan Lords of The Fallen.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ia sudah dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Tambahan juga bersempena dengan promosi jualan Tahun Baru Cina di Steam, permainan tersebut dijual dengan harga diskaun melalui berkas permainan Sniper: Ghost Warrior melalui Steam dengan harga RM56.95.


TIPS & ULASAN