Informasi Permainan Video Terkini
Senran Kagura Peach Beach Splash Akan Dilancarkan Di PC Pada 8 Mac Ini
PC

Senran Kagura Peach Beach Splash Akan Dilancarkan Di PC Pada 8 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

XSEED Games hari ini mengumumkan permainan Senran Kagura Peach Beach Splash akan dilancarkan di PC pada 8 Mac ini melalui Steam.

Menurut XSEED Games, permainan tersebut akan dilancarkan secara dua versi iaitu versi biasa dan juga versi Sexy Soaker yang akan menyertakan sebilangan kandungan digital tambahan seperti muzik latar, kostum baju sekolah, senjata Futomaki Roll Bazooka dan sebagainya.

Senran Kagura Peach Beach Splash merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan pertempuran menggunakan senjata pistol air. Pemain akan mengawal sebilangan gadis-gadis dari siri Senran Kagura dan bertempur dengan musuh melalui mod permainan secara solo dan juga mod multi-pemain melalui atas-talian.

Senran Kagura Peach Beach Splash sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 pada 2017 lepas, kini ia bakal tiba di PC melalui Steam bermula 8 Mac ini. XSEED Games menyatakan bahawa pra-tempahan bagi permainan tersebut akan diumumkan kemudian melalui laman permainan Steam. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi Steam permainan tersebut.


TIPS & ULASAN