Informasi Permainan Video Terkini
Atlus Akan Melancarkan Aplikasi Khas Telefon Pintar Persona O.A. – Bakal Tiba Di Jepun Tahun Ini

Atlus Akan Melancarkan Aplikasi Khas Telefon Pintar Persona O.A. – Bakal Tiba Di Jepun Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Atlus hari ini mengumumkan aplikasi khas buat telefon pintar, iOS dan Android iaitu aplikasi khas Persona O.A. Aplikasi merupakan aplikasi yang berdasarkan permainan JRPG terkenal Persona, yang mana pemain berupaya untuk mengakses sebilangan kandungan permainan Persona dan juga menerima segala berita berkenaan permainan tersebut.

Menurut laman rasmi Persona tersebut, aplikasi tersebut akan mempunyai sebilangan fungsi seperti menerima informasi dan berita khas permainan Persona terus ke telefon pintar anda. Selain itu, aplikasi tersebut akan mempunyai permainan mini yang mana pemain boleh mengemara bersama Persona dan mengumpul markah Persona, iaitu Persona-Points untuk membeli sebilangan barangan kandungan yang tedapat di dalam aplikasi tersebut.

Tambahan pula, aplikasi ini juga akan menyertakan sebilangan acara-acara yang mana pemain berpeluang untuk menyahkunci pelbagai kandungan apabila ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba aplikasi ini, ia kini sudah boleh dipra-daftar melalui laman rasmi aplikasi tersebut dan akan dilancarkan tahun ini. Namun buat masa ini, ia hanyalah akan dilancarkan buat pasaran Jepun sahaja. Atlus masih lagi belum mengumumkan sebarang pelancaran aplikasi tersebut buat pasaran global.


TIPS & ULASAN