Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Deadly Premonition SWERY Mengumumkan Permainan Baru The Missing

Pengarah Deadly Premonition SWERY Mengumumkan Permainan Baru The Missing

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Hidetaka Suehiro atau lebih dikenali sebagai SWERY mengumumkan permainan baru The Missing melalui video di saluran Youtube Arc System Works. SWERY terkenal dengan mengarah permainan seram Deadly Premonition yang dilancarkan pada 2010 sebelum ini.

Permainan tersebut merupakan hasil kerjasama antara Arc System Works dan White Owls dimana SWERY akan mengarahkan permainan terbaru tersebut.

Menurut SWERY, Arc System Works memberi kebebasan dan sokongan kepada beliau untuk membangunkan permainan tersebut. Ini juga merupakan permainan yang pertama bagi studio White Owls yang diketuai oleh SWERY. Ia dirancangkan untuk dilancarkan tahun ini di konsol permainan.

Buat masa ini SWERY masih tidak lagi mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Namun, menurut video yang dipertontonkan, permainan tersebut tampaknya mempunyai elemen-elemen seram seperti yang terdapat di dalam permainan SWERY sebelum ini.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita tersebut apabila mereka mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN