Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Team Rocket Kini Boleh Didapati Buat Permua Pokemon Go

Kostum Team Rocket Kini Boleh Didapati Buat Permua Pokemon Go

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Bagi anda yang masih lagi bermain permua Pokemon Go, Niantic Labs minggu ini mengemaskini permua tersebut dengan menyertakan kandungan kostum terbaru buat pemain dimana anda berupaya untuk menukarkan kostum watak anda kepada kostum Team Rocket.

Namun, kostum tersebut hanyalah boleh dibeli melalui permua tersebut dengan menggunakan mata wang permua Pokemon Go iaitu Coins.

Setiap kandungan kostum yang dijual, mempunyai harga yang berbeza bermula dari 50 Coins untuk sarung tangan sehinggalah 400 Coins untuk baju Team Rocket. Kostum tersebut juga disertakan buat bagi pemain lelaki dan perempuan.

Bagi anda yang berminat untuk memakai kostum Team Rocket di dalam permua Pokemon Go, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kostum-kostum tersebut.


TIPS & ULASAN