Informasi Permainan Video Terkini
Sony Berkongsi Data Playstation 4 Kepada FBI Untuk Menyiasat Kes Keganasan

Sony Berkongsi Data Playstation 4 Kepada FBI Untuk Menyiasat Kes Keganasan

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Perkongsian data terhadap FBI merupakan bukan perkara asing jika ia melibatkan penyiasatan. Namun, baru-baru ini berkenaan kes penyiasatan bagi seorang pengguna Playstation Network yang bernama DejanWoW, Sony tampaknya berkongsi data beliau kepada FBI untuk membantu siasatan tersebut.

Menurut laporan WCCFTech, pengguna Playstation Network tersebut, bernama Isse Aweis Mohamud disyaki menyertai satu kumpulan pengganas di Mesir. Ketika penyiasatan, abang kepada suspek tersebut menyatakan bahawa suspek telah memadam segala informasi suspek di Playstation 4 yang mana pihak FBI mengesyaki bahawa terdapat kandungan bukti yang berada di Playstation 4 tersebut.

Jesteru itu, pihak FBI mendapatkan bantuan Sony yang mana Sony berkongsi data yang telah dipadam tersebut kepada FBI. Data informasi yang dikongsikan oleh Sony termasuklah segala aktiviti konsol, sejarah pembelian dan juga sejarah permesejan buat konsol Playstation 3 dan juga Playstation 4.

Namun, hasil penyiasatan tersebut pihak FBI tidak memperoleh sebarang bukti berkenaan penglibatan suspek dengan pengganas. Walaubagaiman pun, suspek tersebut dihukum empat tahun di penjara kerana memalsukan pasport dan hukuman tersebut tidak terlibat dengan sebarang hasil penyiasatan yang disiasat melalui data konsol Playstation 4 suspek.

Tetapi perkara ini mungkin agak merisaukan bagi pengguna konsol Playstation 4 kerana data-data yang terdapat di dalam konsol tersebut boleh diperoleh walaupun pengguna memadamnya. Walaupun data tersebut dikongsikan oleh Sony atas sebab penyiasatan, namun tampaknya data tersebut boleh diakses dengan mudah oleh pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN