Informasi Permainan Video Terkini
Warhammer: Vermintide 2 – Bakal Berada di Pasaran 8 Mac Ini
PC

Warhammer: Vermintide 2 – Bakal Berada di Pasaran 8 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 19, 2018 oleh .

Fatshark Games telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran bagi permainan Warhammer: Vermintide 2 iaitu pada 8 Mac. Pengumuman tersebut diumumkan menerusi siaran langsung di laman Twitch Fatshark Games.

Warhammer: Vermintide 2 merupakan permainan yang mengetengahkan gabungan 5 adiwira bagi menentang pasukan pihak lawan iaitu tentera Skaven dan puak Chaos. Pemain diberi pilihan sebanyak 15 jenis pekerjaan mengikut kesesuaian dan turut diberi ruang kepada pemain untuk mengubahsuai senjata serta kemahiran bagi mengekalkan momentum sepanjang peringkat permainan.

Pembangun permainan ini turut menjanjikan keseronokkan yang akan menarik minat pemain dimana ia akan mencabar ketahanan pemain sekaligus dapat mengekalkan mereka dalam setiap peringkat permainan.

Fatshark Games juga mengumumkan pra-tempahan bagi permainan tersebut dengan potongan harga sebanyak 10% melalui Steam dengan harga RM50.40 berbanding harga asalnya RM56. Bagi anda yang berminat dengan permainan Warhammer: Vermintide 2, permainan ini  turut akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One. Tarikh bagi versi konsol akan diumumkan kelak oleh Fatshark Games. Pemain juga boleh membuat pra-pendaftaran Beta bagi permainan tersebut melalui pautan dibawah.

Pra-Daftar: PS4 Warhammer: Vermintide 2

Pra-Daftar: Xbox One Warhammer: Vermintide 2


TIPS & ULASAN