Informasi Permainan Video Terkini
Florence – Permua Berdasarkan Penceritaan Kini Boleh Dimuat-Turun

Florence – Permua Berdasarkan Penceritaan Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Bersempena Hari Kekasih semalam Florence iaitu permua dari pereka Monument Valley kini boleh dimuat turun untuk peranti iOS. Permua yang memfokuskan penceritaan ini mengikut kehidupan Florence Yeoh dari segi kerjaya dan terutamanya kisah percintaan dirinya.

Kami mencuba permainan ini dan berpendapat Florence adalah satu permainan yang berjiwa akan tetapi terlalu pendek. Setiap minit permainan ini adalah sesuatu yang sangat mengasyikkan terutama kerana muzik latar yang digunakan.

Apabila permainan ini berakhir, kami mengambil masa 30 minit, kami tertanya adakah akan ada penyambungan kerana penceritaan walaupun lengkap akan tetapi tidak memuaskan kerana terlalu pendek.

Teknik permainan juga agak ringkas, ada beberapa tekaria akan tetapi pemain tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya. Ini adalah sesuatu yang dijangkakan kerana fokus utama permua ini adalah penceritaan.

Walaupun pendek dan ringkas, penceritaan, grafik dan muzik latar yang digunakan cukup untuk menjadikan permainan berbaloi untuk dimainkan terutama harga yang murah iaitu RM12.90 sahaja. Kami sangat mengesyorkan anda untuk mencubanya.

App Store: Florence