Informasi Permainan Video Terkini
South Park: The Stick of Truth Dikeluarkan Secara Berasingan Untuk PlayStation 4 dan Xbox One
PC

South Park: The Stick of Truth Dikeluarkan Secara Berasingan Untuk PlayStation 4 dan Xbox One

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

South Park: The Stick of Truth dikeluarkan pada tahun 2014 untuk PC, PlayStation 3 dan Xbox 360. Bersama dengan pelancaran South Park: The Fractured but Whole, permainan ini juga dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One akan tetapi hanya untuk pemain yang pra-tempah The Fractured but Whole.

Hari ini Ubisoft mengumumkan yang The Stick of Truth sekarang dikeluarkan secara berasingan untuk pemain yang ingin memilikinya. Di PlayStation Store, South Park: The Stick of Truth berharga RM110.00. The Stick of Truth adalah satu permainan RPG yang baik, jika sebelum ini anda terlepas peluang untuk mendapatkannya, ini adalah peluang anda.

PlayStation Store: South Park: The Stick of Truth


TIPS & ULASAN