Skip to main content

Pada Disember lepas, Tencent bekerjasama dengan PUBG Corp untuk melancarkan dua permua (Permainan Mudah-Alih) berdasarkan permainan terkenal PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang dilancarkan di PC dan Xbox One tahun lepas.

Kini, bersempena dengan pelancaran kedua-dua permua tersebut di pasaran China, Tencent kini mempertontonkan trailer aksi-nyata khas buat permua tersebut.

Trailer tersebut memaparkan sebilangan adegan-adegan ikonik daripada permainan PUBG seperti penerjunan daripada kapal terbang dengan payung terjun dan juga berperang di kawasan lapang.

Kedua-dua permua tersebut, PUBG: Army Attack dan PUBG: Exhilarating Battlefield kini sudahpun dilancarkan di Android secara khas di pasaran China sahaja. Tencent mahupun PUBG Corp masih tidak mengumumkan sebarang informasi berkenaan pelancaran permua tersebut secara global.

Leave a Reply