Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed Origins Bakal Menerima Mod Discovery Tour Untuk Mengajar Anda Sejarah
PC

Assassin’s Creed Origins Bakal Menerima Mod Discovery Tour Untuk Mengajar Anda Sejarah

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Assassin’s Creed Origins merupakan salah satu permainan baru daripada Ubisoft yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Ia terkenal dengan permainan berbentuk aksi dan turut menyertakan keperluan membunuh pihak musuh dan sebagainya.

Kini selain daripadanya, Ubisoft hari ini mengumumkan mereka turut akan menawarkan mod Discovery Tour untuk permainan berkenaan pada 2018 kelak.

Assassins Creed

Melaluinya, ia akan lebih memfokuskan kepada kemudahan untuk pemain mempelajari sejarah melalui pelbagai penawaran grafik dan latar tempat permainan berkenaan.

Pemain turut boleh melihat paparan landskkap meliputi Giza Plateau, Memphis, Alexandria dan sebagainya melalui kandungan berkenaan – sekaligus mempelajari lanjut mengenai sejarah sekitar Mesir.

Discovery Tour ini akan ditawarkan sebagai kemaskini percuma untuk Assassin’s Creed Origins pada awal 2018 kelak.