Psyonix hari ini mengumumkan mainan kereta kawalan jauh bertemakan Rocket League, Hot Wheels Rocket League RC Rivals Set. Pengumuman ini merupakan hasil kerjasama antara Psyonix dan Hot Wheels dimana menurut Psyonix, mainan tersebut akan dilancarkan hujung tahun ini dengan harga $179.99(~RM708).
Set tersebut akan menyertakan kereta mainan kawalan jauh yang boleh dikawal dengan menggunakan Bluetooth. Selain itu, mainan tersebut juga akan menyertakan gelanggang seakan permainan Rocket League bersama bola mainan yang mana pemain perlu menjaringkan gol menggunakan kereta kawalan jauh tersebut seperti permainan Rocket League. Psyonix juga akan menyertakan kod khas kandungan tambahan permainan Rocket league bagi mereka yang membeli set tersebut.
Buat masa sekarang, Psyonix masih belum berkongsi lagi gambar nyata bagi mainan tersebut, namun menurut mereka, mainan tersebut akan dipamerkan pada Toy Fair 2018 yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Februari ini di Amerika Syarikat.