Skip to main content

Pada 10 Februari lepas, ketika separuh masa perlawanan bola keranjang NBA antara pasukan Golden State Warriors dan San Antonio Spurs, Sony Interactive Entertainment memancarkan trailer khas permainan God Of War.

Menariknya, trailer tersebut memaparkan secara pancaran keatas keseluruhan gelanggang bola keranjang tersebut dengan bentuk kamera dari atas. Trailer tersebut juga menyaksikan hubungan antara Kratos dan anak beliau, Atreus dengan sebilangan adegan yang menarik bersama musuh-musuh yang mungkin akan ditempuhi pemain kelak.

God of War adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio dan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Ia merupakan siri permainan God Of War yang ke-8 yang mana ia akan memfokuskan mitologi Norse berbanding permainan God of War sebelum yang memfokuskan mitologi Greek. Ia bakal dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 pada 20 April 2018 ini.

Leave a Reply