Informasi Permainan Video Terkini
Dragon’s Crown Pro Akan Dilancarkan Pada 15 Mei Ini Di Playstation 4

Dragon’s Crown Pro Akan Dilancarkan Pada 15 Mei Ini Di Playstation 4

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Atlus hari ini mengumumkan bahawa permainan Dragon’s Crown Pro akan dilancarkan secara global pada 15 Mei ini buat konsol Playstation 4.

Permainan ini merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan Dragon’s Crown yang dilancarkan pada 2013 lepas di Playstation 3 dan Playstation Vita. Ia dibangunkan oleh Vanillaware yang mana ia memfokuskan bentuk permainan 2D aksi pengembaraan.

Selain itu, bersempena dengan hari kekasih pada 14 Februari ini, Atlus juga menyertakan servis untuk menghantar e-kad buat kekasih dengan melayari laman yang disediakan oleh mereka di sini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Dragon’s Crown Pro yang akan dilancarkan pada 15 Mei dengan pelbagai pernambah-baikkan dan juga sokongan resolusi 4k buat konsol Playstation 4 Pro.


TIPS & ULASAN