Informasi Permainan Video Terkini
Rayquaza Dan Sebilangan Pokemon Dari Rantau Hoenn Kini Tiba Di Pokemon Go

Rayquaza Dan Sebilangan Pokemon Dari Rantau Hoenn Kini Tiba Di Pokemon Go

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Niantic Labs kini melancarkan kemaskini terbaru buat permua Pokemon Go yang mana mereka menyertakan lagi sebilangan Pokemon baru buat permua tersebut. Dengan hanya beberapa minggu lepas, Niantic Labs menyertakan sebilangan Pokemon baru, kini mereka menyertakan lagi Pokemon lagenda Rayquaza dan juga sebilangan Pokemon dari rantau Hoenn.

Pokemon lagenda Rayquaza akan muncul di dalam pertarungan Raid di gim-gim berdekatan pemain bermula hari ini sehingga 16 Mac. Selain itu, pemain masih lagi berpeluang untuk bertarung dengan Pokemon lagenda Kyogre yang mana ia akan tamat pada 14 Februari ini.

Niantic Labs juga menyertakan kemaskini yang mana bermula hari ini, kandungan kotak terbaru akan disediakan yang mana ia akan menyertakan Raid Passes, Incubators dan Star Pieces sehingga 23 Februari. Selain itu, bermula hari ini sehingga 23 Februari ini juga, Lure Modules juga kini akan sentiasa di aktifkan sehingga enam jam setiap kali penggunaannya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertarung dan menangkap sebilangan Pokemon baru dan juga Pokemon lagenda Rayquaza bermula hari ini di permua Pokemon Go.