Square-Enix dan Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan sebilangan kandungan baru buat permainan golf, Everybody’s Golf. Kandungan yang disertakan adalah bersempena dengan ulang tahun ke-30 bagi Final Fantasy.
Menurut Square-Enix, kandungan ini akan dilancarkan pada 26 Februari ini yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti keupayaan untuk menunggang Chocobo di padang golf, jaket dan pakaian rekaan khas Final Fantasy dan sebagainya. Selain itu, Sony juga mengumumkan acara khas Final Fantasy ulang tahun ke-30 yang juga akan membenarkan pemain untuk mendapatkan sebilangan kandungan tersebut.
Everybody’s Golf pula merupakan permainan sukan golf yang sebelum ini terkenal sebagai siri permainan Hot Shots Golf. Permainan ini juga mendapat pujian ramai dengan bentuk multi-pemainnya dan keupayaan untuk mengubah-suai watak tersendiri. Baru-baru ini juga, Sony mengumumkan penurunan harga bagi permainan Everybody’s Golf bersempena tawaran PS4 Greatest Hits.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kandungan khas Final Fantasy sempena ulang tahun ke-3o bermula 26 Februari ini.