Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan dua lagi permainan PS4 Greatest Hits bakal tiba di pasaran Malaysia bermula hari ini. Dimana Disember lepas, Sony telah mengumumkan empat permainan PS4 Greatest Hits.

Kedua-dua permainan PS4 Greatest Hits tersebut disenaraikan melalui jualan permainan terbaik. Dua permainan tersebut adalah Knack 2 yang dilancarkan September 2017 lepas dan Everybody’s Golf yang dilancarkan Ogos 2017 lepas. Kedua-dua permainan yang tersenarai tersebut akan dijual dengan harga RM109 bagi edisi fizikal.

Knack 2 merupakan permainan aksi platformer yang merupakan sekuel kepada permainan Knack yang dilancarkan bersama Playstation 4 pada 2013 lepas. Menariknya kali ini Knack kembali dengan sebilangan bentuk permainan yang baru seperti mod koperasi multi-pemain.

Everybody’s Golf pula merupakan permainan sukan golf yang sebelum ini terkenal sebagai siri permainan Hot Shots Golf. Permainan ini juga mendapat pujian ramai dengan bentuk multi-pemainnya dan keupayaan untuk mengubah-suai watak tersendiri.

Bagi anda yang berminat untuk memilik permainan-permainan tersebut, anda boleh mendapatkannya di mana-mana pengedar rasmi Playstation bermula hari ini.

Leave a Reply